KAJIAN DEDAHKAN UDARA DI DALAM RUMAH LEBIH KOTOR DARIPADA DI LUAR
Kenapa udara di rumah boleh kotor?
Ada banyak faktor yang menyebabkan udara di dalam rumah lebih kotor berbanding udara di luar.
Oleh itu, anda perlu mengambil langkah yang teliti untuk mengurangkan udara kotor dalam rumah. Jika udara kotor di dalam rumah boleh ditapis, anak anda boleh terhindar daripada kesan-kesan yang memudaratkan.
Antara faktor-faktor yang mengakibatkan udara dalam rumah kotor dan mempengaruhi persekitaran rumah ialah:
- Asap pembakaran di sekeliling
- Suasana dalam rumah terkepung
- Tingkap selalu tertutup
- Kawasan blok rumah padat dan rapat
- Penghawa dingin tak diselenggara dengan baik
- Permainan lama
- Bulu atau najis haiwan peliharaan
- Lilin atau pewangi bilik
- Gas dan asap memasak
- Produk pembersih dan racun serangga
Udara yang tidak berkualiti akan mendatangkan penyakit
Sebab itu anak-anak kita dan seluruh ahli keluarga (terutamanya anak-anak) akan cepat sakit dan lambat sembuh. Sebenarnya, udara yang kotor dalam rumah boleh mengakibatkan:
- Penyakit Legionnaires
- Kanser paru-paru
- Asma
- Keracunan karbon monoksida
- Alahan
- Sindrom sick building
- Pneumonitis hipersensitif
- Demam
Dengan segala penyakit dan kesan buruk udara kotor dalam rumah, pasti ramai ibu bapa berasa risau, kan? Tapi jangan risau.
Udara kotor di rumah masih boleh diatasi dan dikurangkan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah dengan:
- Berhenti merokok atau menguatkuasakan rumah bebas asap rokok
- Jangan pilih dekorasi rumah yang terlampau sarat
- Cuba elak daripada meggunakan karpet yang berbulu tebal, ia mampu memerangkap lebih banyak habuk
- Jika anda ada banyak kawasan atau karpet yang banyak habuk, pastikan anda sentiasa membersihkannya
- Penggunaan lampu garam/kristal
- Pastikan cadar dan baju anda sekeluarga bersih
- Guna produk pembersih yang mesra alam
- Buka tingkap dengan luas jika anda memasak (walaupun jika anda ada penyedut asap)
- Jangan lupa selenggara penghawa dingin
- Pilih tanaman yang bersesuaian untuk diletakkan dalam rumah
- Guna penapis udara
Meningkatkan kualiti udara dalam rumah :
Jadi proaktif dan ambil langkah yang sepatutnya untuk meningkatkan kualiti udara di rumah anda. Berikut adalah cara mudah yang boleh anda praktikkan:
- Hadkan sumber pencemaran: Berhati-hati ketika menggunakan produk yang menghasilkan bahan pencemar seperti VOC. Contohnya, pastikan pengudaraan yang cukup ketika mengecat dinding dan sehingga cat tersebut kering sepenuhnya dan baunya hilang. Sebagai alternatif, pilih cat yang kurang VOC atau cat yang bebas ammonia dan formaldehid.
- Jangan merokok di dalam rumah: terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa asap rokok merupakan campuran toksik yang terdiri daripada pelbagai bahan kimia dan bahan pencemar yang tidak baik untuk kesihatan. Selain asap terpakai, terdapat juga bahaya pada ‘asap rokok tertier’ iaitu sisa asap rokok yang melekat pada sebarang permukaan, seperti dinding, lantai, pakaian atau kulit.
- Pastikan udara masuk ke dalam rumah: Membiarkan udara segar masuk membantu menyingkirkan bahan pencemar udara yang ada atau yang terkumpul di dalam rumah. Anda hanya perlu membuka tingkap atau kipas, dan membiarkan pintu/tingkap terbuka untuk membantu pengudaraan. Walau bagaimanapun, jangan melakukannya ketika jerebu!
- Bersih dan tukar penapis secara kerap: Pendingin udara dan penapis udara dilengkapi dengan penapis yang memerangkap debu serta bahan pencemar udara yang lain. Jadi, ianya penting untuk memastikan penapis ini bersih dan sentiasa ditukar. Kekerapan untuk menukar penapis adalah berbeza antara setiap produk. Tuliskan tarikh pemasangan dan tarikh penukaran pada label dan tampalkannya pada alat tersebut.
Jom dapatkan PROMO PENAPIS UDARA CUCKOO terkini!
GOOOD DEAL AIR PURIFIER
FREE Cuckoo Max Blender bernilai RM1,415.09 dengan tempahan 1 unit penapis udara secara CASH
GOOOD COMBO FREE WONDERKLEAN
Tempah rental COMBO – PERCUMA WONDERKLEAN (servis Home Disinfection) bernilai RM300!